Pengenalan
Maktab Rendah Sains Mara Merbok, Kedah merupakan MRSM yang ke-35. MRSM Merbok terletak kira-kira 15 km dari bandar Sungai Petani, Kedah, berhampiran pekan Merbok. Ia dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8). Ia mula beroperasi pada 3 Januari 2007...................
VISI
Menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Yang Inovatif Dan Bertaraf Dunia.
MISI
Menyediakan Pelajar Bumiputera Yang Berpotensi Tinggi
Dalam Bidang Sains Dan Teknologi.
NILAI TERAS
Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah & Patriotik
SEJARAH PENUBUHAN MRSM MERBOK
Maktab Rendah Sains MARA Merbok, Kedah mula beroperasi pada 03 Januari 2007. Pentadbirannya diketuai oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik dan Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar serta seorang Penolong Pegawai Tadbir (Kanan). MRSM Merbok mempunyai 58 orang guru dan 30 orang staf pentadbiran.
Kumpulan pelajar perintisnya seramai 409 orang mula melapor diri pada 18 Mac 2007. Mereka terdiri daripada 123 orang pelajar tingkatan satu, 286 orang pelajar tingkatan empat. Pada 20 Mac 2007, MRSM Merbok menerima 356 orang pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang ditempatkan sementara di sini. Kumpulan pelajar MRSM Pengkalan Hulu tersebut terdiri daripada 116 pelajar tingkatan satu dan 240 pelajar tingkatan empat.
MRSM Merbok dilengkapi dengan bangunan pentadbiran, dewan serbaguna, blok akademik, pusat sumber pembelajaran, wisma pelajar, dewan makan, pusat sukan/pavilion sukan, bengkel kemahiran hidup dan rekacipta, makmal sains, makmal computer, asrama lelaki, asrama perempuan, surau, cafeteria, kedai koperasi, garaj bas dan van serta pondok pengawal. Kuarters kediaman kakitangan turut disediakan untuk Pengetua, Penolong-penolong Pengetua, Ketua Warden , Warden, guru dan staf sokongan.
Majlis perletakan batu asas MRSM, Merbok telah disempurnakan oleh Tun Daim Zainuddin, Ahli Parlimen Merbok, pada 10 Oktober 2003. Kini, MRSM Merbok tersergam indah di atas tanah seluas 45.95 ekar (termasuk tanah yang belum dibangunkan), di kawasan Lembah Bujang, Merbok, Kedah Darul Aman.
FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti diri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kretiviti. Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.
No comments:
Post a Comment